IPD Padawan jayakan majlis qurban dengan lima ekor lembu dan seekor kambing

Willie menyerahkan sumbangan daging korban kepada seorang penerima di IPD Padawan.

KUCHING, Ogos 11: Majlis Ibadah Qurban 2019 peringkat IbuPejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di Surau Baitul Iman hari ini menyaksikan 5 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan.

Daging qurban ini diagihkan kepada keluarga asnaf yang tinggal berhampiran IPD Padawan dan juga keluarga anggota polis.

Majlis telah dirasmikan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin yang turut menyumbangkan seekor lembu.


Turut hadir Ketua Polis IPD Padawan Aidil Bolhassan dan lebih 150 pegawai polis yang lain.

Di majlis yang sama, Aidil telah merasmikan Surau Baitul Iman.

Majlis Qurban ini diadakan setiap tahun semenjak IPD Padawan diwujudkan pada tahun 2014.

Ianya mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan dari kalangan warga IPD Padawan saban tahun tanpa mengira latarbelakang agama dan kaum.

Turut menyumbang ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (seekor lembu), dan Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang (seekor lembu). — DayakDaily