IPD Padawan jalin kerjasama dengan BSN kawal orang awam

File photo of people queuing up at a BSN branch in Sarawak.

KUCHING, Apr 18: Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padawan mengambil tindakan proaktif dalam mengawal pergerakan orang awam khususnya yang berurusan di bank dan mesin ATM.

Timbalan Ketua Polis IPD Padawan DSP Lim Jaw Shyong menerusi kenyataan hari ini berkata, kerjasama telah dijalin bersama tiga cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN).

“IPD Padawan mengambil tindakan proaktif dengan kerjasama pengurus bank cawangan BSN mengawal pergerakan orang ramai sama ada di dalam atau di luar bank.


“Beberapa langkah pencegahan telah diatur agar keselamatan orang awam terjamin di samping memastikan mereka patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan(PKP),” katanya.

Tambah Lim, polis juga menerima bantuan daripada anggota RELA yang ditempatkan di BSN Siburan, Matang dan Kota Sentosa bagi memastikan pengunjung mematuhi penjarakan sosial.—DayakDaily