IPD Padawan: Dua pemandu dikompaun dan diarah berpatah balik

Anggota polis melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya di Batu 18, Jalan Kuching-Serian.

KUCHING, 24 Mei: Seorang lelaki dan seorang wanita diarahkan berpatah balik setelah cuba merentas daerah tanpa kebenaran di sekatan jalan raya yang diadakan di Batu 18, Jalan Kuching-Serian pada 22 Mei lepas.

Pada operasi yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong itu, kedua-dua pesalah turut dikenakan kompaun dibawah Perkara 5(1) PPPPB (No.6) 2020.

“Kedua-duanya tiada permit perjalanan rentas daerah dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk keluar rumah,” menurut satu kenyataan IPD Padawan.


Pada operasi tersebut, setiap kenderaan telah diperiksa dengan terperinci oleh pihak polis yang dibantu anggota tentera.

IPD Padawan berpuas hati dengan pematuhan peraturan larangan rentas daerah setelah kebanyakan pemandu didapati mempunyai permit atau surat syarikat.

Polis turut memberikan nasihat kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan kebersihan dan kesihatan selain digalakkan memakai penutup muka serta mengamalkan penjarakan sosial. -DayakDaily.