IPD Kuching lupus 250,000 batang rokok bernilai RM16,000

Awang Din (empat dari kiri) menyerahkan barang kes kepada wakil Trienekens untuk dilupuskan. Turut kelihatan Wee (lima dari kiri).

KUCHING, 3 Feb: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching hari ini melupuskan sejumlah 250,000 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM16,000.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata, ia membabitkan kes rampasan rokok oleh pasukan Polis Marin, Kuching pada 05 Jun 2020.

“Pelupusan barang kes tersebut terdiri daripada 500 katon rokok jenis ERA Filter (merah), 250 katon rokok ERA Menthol (hijau) dan 500 katon rokok ERA Menthol (hitam).


“Ia dilupuskan selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwaraya Negeri Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah Awang Din, pelupusan barang kes tersebut adalah melibatkan barangan tidak bercukai yang disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Turut hadir bagi menyaksikan sesi penyerahan barang kes kepada wakil syarikat pelupusan Trienekens adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Heng dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Hamzah Mohamad. — DayakDaily