Insiden rumah runtuh, 18 selamat diarahkan kosongkan bangunan

Gambar komposit insiden runtuhan rumah tersebut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


DARO, 3 Ogos: Seramai 18 orang diarahkan berpindah selepas rumah teres didiami mereka di Ladang Tredwin, Tanjung Alan Dua, di sini runtuh malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jan 8.26 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Daro diketuai Mustapa Wasli terus ke lokasi kejadian untuk memantau keadaan.


“Setiba di lokasi kejadian didapati satu blok rumah teres satu tingkat, empat pintu mengalami kerosakkan (runtuh).

“Rumah (pintu) nombor 2 mengalami kerosakkan hampir 100 peratus dan pihak Bomba mengarahkan 18 penghuni rumah teres tersebut mengosongkan blok berkenaan kerana dikhuatiri berlaku runtuhan lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.58 malam. — DayakDaily