Industri francais dijadikan industri mampu diteroka, diperkasa di seluruh negara — Nanta

Nanta ketika berucap di Program Advokasi Keusahawanan di Putrajaya.
Advertisement

KUCHING, 10 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Bahagian Francais dan Jualan Langsung merintis usaha ke arah menjadikan industri francais mampu diteroka.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, industri francais adalah contoh terbaik untuk usahawan muda meneroka peluang perniagaan.

Katanya, ia sekali gus berupaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Advertisement

“Berbanding sebelum ini, industri francais sering dikaitkan dengan keperluan penyediaan modal besar, sehingga berada di luar garis kemampuan usahawan muda.

“Menyedari hakikat ini, Kementerian berusaha menjadikan industri ini mampu diteroka.

“Hasilnya, francais mikro dan mampu milik kini menjadi antara tawaran paling hangat untuk dipertimbangkan bakal usahawan,” katanya di Program Advokasi Keusahawanan di Putrajaya semalam.

Tambah Nanta, hebahan mengenai peluang perniagaan dalam industri francais ini terus diperkasa oleh kementerian di seluruh negara. — DayakDaily

Advertisement