Identiti mayat terapung dikenal pasti, operasi SAR bot karam di Sarikei ditamatkan

Bomba dan Polis Bintangor mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Rajang sebelum dibawa ke Hospital Bintangor untuk tindakan selanjutnya.
Advertisement

SARIKEI, 9 Dis: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa bot karam di Muara Sungai Payang yang bermula tiga hari lalu ditamatkan sekitar jam 9.15 pagi tadi.

Penamatan opersai berkenaan susulan penemuan mayat mangsa yang terapung di Batang Rajang awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, pengesahan mayat tersebut dilakukan oleh rakan mangsa yang mengesahkan mayat terbabit merupakan mangsa bot karam di Muara Sungau Payang Ahad (6 Dis) lalu.

Advertisement

“Tindakan operasi pencarian pada hari ini iaiu hari ketiga diperluaskan pada radius tiga kilometer (KM) dari lokasi kejadian bot karam dengan menyusuri sungai tersebut.

“Bagaimanapun, operasi tersebut ditamatkan setelah mendapat pengesahan bahawa mayat ssalah seorang mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut telahpun dijumpai pagi tadi,” dedah jurucakap itu.

Sebelum itu, satu mayat lelaki ditemui terapung di Batang Rajang kira-kira jam 1.09 pagi tadi dekat pekan Bintangor.

Pihak Bomba dan Penyelamat Bintangor yang digerakkan ke lokasi berkenaan berjaya mengangkat mayat tersebut sekitar jam 2.48 pagi sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Pada kejadian Ahad lalu, mangsa, warganegara Indonesia, Henriansyah yang berkerja sebagai juruletrik di Sibu dalam perjalanan ke Sarikei menggunakan perahu menyusuri Batang Rajang melalui Sungai Payang sebelum perahu yang dinaiki bersama dua yang lain karam akibat dipukul ombak daripada kapal besar yang melalui kawasan itu.

Dua daripada mangsa bot karam terbabit berjaya diselamatkan okeh nelayan yang kebetulan berada di lokasi kejadian manakala mangsa hilang dihanyutkan arus. — DayakDaily

Advertisement