Bomba Bintangor bantu angkat mayat terapung dari Sg Rajang

Bomba dan Polis Bintangor mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Rajang sebelum dibawa ke Hospital Bintangor untuk tindakan selanjutnya.

BINTANGOR, 9 Dis: Pasukan Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi khas mengambil dan mengangkat mayat yang ditemui terapung di Sungai Rajang dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pihaknya sebelum itu menerima laporan berkenaan penemuan mayat terbabit sekitar jam 1.09 pagi di kawasan tersebut.

“Pasukan kita iaitu dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah ke lokasi kejadian bagi melakukan khidmat kas tersebut dan berjaya membawa mayat tersebut ke jeti sekitar jam 2.48 pagi.

“Mayat tersebut iaitu setelah berjaya kita bawa naik ke jeti kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini

Sementara itu, pihak polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya itu.

“Setakat ini kita klafikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih lagi dilakukan bagi mengenalpasti punca bagaimana mayat terbabit berada di kawasan tersebut,” katanya. — DayakDaily