Identiti lelaki ditemui mati di Pending masih jadi tanda tanya

Anggota polis mengangkat mayat mangsa dari lokasi kejadian untuk dihantar ke HUS.
Advertisement

KUCHING, 11 Mei: Seorang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri ditemui mati di sebuah perhentian bas di Jalan Utama Pending, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan penemuan mangsa dari orang awam pada jam 6.57 pagi.

Katanya, pihak polis terus ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Advertisement

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas diperiksa pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di lokasi.

“Pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas mayat dan tidak menemukan sebatang unsur jenayah serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak sementara menunggu proses bedah siasat dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

Sehubungan itu, pihak polis meminta waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa untuk menghubungi gerakan IPD Kuching (082-244444) atau Pegawai Penyiasat SM Siti Mariam di talian 016-4461345).

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut dijalankan. — DayakDaily

Advertisement