Hujan lebat, beberapa kawasan dilanda banjir kilat di Bintulu

Keadaan banjir kilat di Bintulu.

Oleh Juetila Ozzy

BINTULU, 19 Mei: Kawasan Batu 8 dan Batu 9 Jalan Bintulu-Miri Lama dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dari tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata setakat ini, sekurang-kurang tujuh buah rumah telah dinaiki air memaksa penghuninya terpasa berpindah.


Beliau memberitahu, keadaan paras air semakin menaik.

Anggota bomba membantu penduduk yang terjejas.

“Beberapa buah rumah di Batu 8 Jalan Bintulu-Miri hampir dinaiki air, manakala di Batu 9 didapati tujuh unit rumah sewa telah dinaik air.

“Semua penghuni akan berpindah di rumah saudara mara dan rakan-rakan berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beberapa anggota dari Balai Bomba Bintiulu diketuai Helman Main sudah berada di lokasi kejadian untuk menjalankan pemantauan. — DayakDaily