Hujan lebat bantu mengurangkan jerebu di Kuching

Hujan lebat yang melanda bandaraya Kuching mulai jam 4 petang hari ini dan membantu mengurangkan jerebu.
Advertisement

KUCHING, Ogos 23: Keadaan berjerebu di bandaraya ini semakin reda hari ini akibat adanya hujan lebat tetapi jerebu kemungkinan akan berterusan melanda negeri ini akibat kebakaran terbuka yang semakin meningkat di Kalimantan.

Hujan yang ada melanda bandaraya ini menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kuching sehingga jam 4 petang hari ini ialah IPU 76 yang sederhana berbanding IPU 107 yang tidak sihat dan tertinggi pernah dicatatkan bulan ini pada Ogos 20 lepas jam 7 pagi.

Keadaan di kawasan lain juga mencatatkan IPU yang semakin baik jam 4 petang hari ini termasuk Samarahan (66), Sri Aman (74), Sarikei (59), Sibu (59), Kapit (54), Mukah, (69),Bintulu (55), Samalaju (55), Miri (63), ILP Miri (61), dan Limbang (46).

Advertisement
Sebanyak 81 titik panas yang dikesan satelit di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah semalam.

Bagaimanapun keadaan berjerebu kemungkinan akan berterusan kerana mengikut laman web Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC), satelit pada Ogos 22 lepas telah mengesan sehingga sebanyak 81 titik panas di kepulauan Borneo dengan kebanyakkannya di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah, Indonesia serta tiada di Sarawak dan Sabah.

Ini berlipat kali ganda meningkat berbanding hanya sebanyak 26 titik panas yang telah dikesan melalui satelit di sekitar Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah pada Ogos 5 lepas. ā€” DayakDaily

Advertisement