Warga tentera darat zon timur laksanakan ibadah korban bersama penduduk kampung

Program ibadah korban warga tentera bersama penduduk kampung.

PADAWAN, Ogos 23: Kemeriahan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha turut disambut oleh warga tentera darat zon timur bertempat di Kampung Darul Islam Belimbing, Padawan di sini hari ini.

Acara dimulakan dengan penyerahan lembu korban dan simbolik penyerahan pisau sembelih oleh Ketua Staf Am Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Brigadier Jeneral Dato’ Kamarol Fauzi Mohd Said kepada ketua kampung, Hussein Banyak dan kehadiran penduduk kampung kira-kira 210 orang.

Pada tahun ini seekor lembu telah dikorbankan dan sebanyak 210 bungkus diagih kepada penduduk kampung yang hadir pada majlis itu.


Acara diakhiri dengan jamuan dan penyerahan daging korban.

Program ini diadakan setiap tahun dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga tentera darat dengan penduduk kampung. — DayakDaily