Hujan lebat akibatkan banjir, laluan ke rumah panjang terjejas

Anggota APM melakukan tinjauan banjir.

Oleh Dean Adam

TAMIN, Feb 22: Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan banjir berlaku di jalan masuk ke Rumah Panjang James Medan Nanga Tanyit, Batang Oya, di sini hari ini.

Tinjauan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau mendapati air banjir naik sedalam kira-kira 0.9 meter.


Jurucakap APM berkata tinjauan ke lokasi tersebut mendapati hanya laluan masuk ke rumah panjang dinaiki air banjir.

Keadaan banjir di laluan ke rumah panjang.
Anggota APM melakukan tinjauan banjir.

“Bagaimanapun, struktur rumah panjang belum terjejas dan tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, penduduk rumah panjang diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan situasi semasa.

“Mereka perlu bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan semakin buruk,” katanya. — DayakDaily