Bomba Marudi anjur ceramah keselamatan kebakaran

Aktiviti ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api di SMK Tinjar.

Oleh Dean Adam

MARUDI, Feb 22: Pasukan bomba dan penyelamat (BBP) Marudi telah mengadakan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api di SMK Tinjar, di sini hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, berkata seramai 56 orang guru, 10 orang anggota kumpulan pelaksana, 824 pelajar asrama dan dua orang
pengawal keselamatan sekolah terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan tersebut.

Beliau menambah, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ceramah dan pengenalan kepada keselamatan kebakaran serta demonstrasi menggunakan alat pemadam api.

Seorang pelajar cuba menggunakan alat pemadam api untuk mengawal kebakaran.

“Sesi ceramah telah dijalankan di ruang tapak perhimpunan sekolah, manakala sesi demonstrasi pula dijalankan di padang bola tampar sekolah berkenaan. Pelajar serta guru juga diajar untuk menggunakan alat lemadam api secara praktikal,” katanya di sini hari ini.

Law menambah, setelah selesai ceramah itu, sesi pembelajaran sekolah bersambung seperti biasa. — DayakDaily