Hujan lebat akibatkan banjir di Kampung Paon

Beginilah keadaan banjir di Kampung Paon.
Advertisement

Oleh Dean Adam

LUNDU, Jan 20: Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan berlakunya banjir di Kampung Paon di sini hari ini.

Kejadian itu telah mengakibatkan beberapa rumah penduduk di kawasan rendah dinaiki air banjir sedalam kira-kira 0.9 meter.

Advertisement

Difahamkan, terdapat seramai 25 penduduk kampung yang terjejas akibat banjir itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.23 pagi.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu kemudian diarahkan ke tempat kejadian untuk melakukan operasi pemantauan dan penyelamatan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat beberapa buah rumah di kawasan rendah telah dinaiki air sedalam kira-kira 0.9 meter.

“Pasukan bomba kemudian membantu mangsa yang terjejas untuk berpindah di pusat pemindahan sementara di Dewan Balai Raya Kampung Paon,” katanya di sini hari ini.

Tiong menambah, selain kampung itu, beberapa kampung lain turut terjejas akibat jalan utama ke penempatan tersebut dinaiki air banjir.

“Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Sebat Dayak, Kampung Temaga, Kampung Sebako, Kampung Judin dan Kampung Serayan Cina.

“Bomba juga menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya segera berpindah sekiranya keadaan semakin,” ujarnya. — DayakDaily

Advertisement