Lelaki hilang ditemui mati lemas

Pasukan SAR membawa mayat mangsa.

Oleh Dean Adam

SARATOK, Jan 20: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam ditemui mati di sungai berhampiran Jeti Kabong di sini hari ini.

Mayat mangsa, Aziz Sofian Rosli, 26, dijumpai oleh penduduk kampung sebelum pihak berkuasa dihubungi mengenai penemuan tersebut.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat mangsa kira-kira pukul 9 pagi.

Jelasnya, pasukan bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi susulan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibedah siasat” katanya di sini hari ini.

Tiong menambah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasukkan hari kedua ditamatkan selepas mayat mangsa dibawa ke hospital. — DayakDaily