Hujan lebat akibat tanah susur di Nanga Entaeh

Keadaan tanah susur di SK Nanga Entaeh.
Advertisement

SARIKEI, Sept 29: Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah mengakibatkan berlaku kejadian tanah susur di SK Nanga Entaeh dekat sini hari ini.

Kejadian tanah susur di sekolah berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 11 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Mackinly Jores berkata, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, sepasukan empat anggota pertahanan awam bergegas ke sekolah berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

Katanya, apabila tiba, anggota pertahanan awam mendapati tanah susur itu dilaporkan berlaku di bahagian belakang pondok enjin api sekolah tersebut.

Anggota APM memeriksa keadaan tanah susur di SK Nanga Entaeh

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat rekahan tanah berdekatan tiang elektrik di tempat yang sama.

“Laluan menuju ke dewan makan turut terjejas akibat runtuhan dan menyebabkan kerosakan pada laluan berbumbung,” katanya di sini hari ini.

Mackinly menambah, semasa kejadian, tiada guru dan pelajar berada di sekolah berkenaan dan hanya dua pengawal keselamatan yang bertugas.

“Pihak APM menasihatkan agar warga sekolah berkenaan tidak berada ditempat runtuhan semasa hujan. Operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 3.50 petang,” ujarnya. — DayakDaily

Advertisement