Balai Bomba Pekan Selangau dalam fasa rekabentuk

The existing Selangau town. (Photo by DayakDaily)

Balai bomba Selangau yang dianggarkan bernilai RM6 juta sekarang ini dalam proses rekabentuk dan proses tender akan dilaksanakan pada pertengahan Mei 2017.

Perkembangan terkini mengenai balai bomba tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil semasa menjawab soalan dari ADUN 59 Tamin, Christopher Gira di persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 berkenaan dengan status pembinaan balai bomba tersebut.

Cadangan untuk membina balai bomba tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa lawatan beliau ke Selangau pada tahun lalu.

Berita ini pasti akan memberi kelegaan kepada masyarakat di Selangau yang selama ini terpaksa bergantung kepada pasukan Bomba Sibu atau Mukah yang bertempat kira-kira 74 – 84 km dari pekan kecil itu sekiranya berlaku kecemasan, khususnya kebakaran.