Hospital Umum Sarawak kesan waris pesakit lelaki tiada identiti

Inilah pesakit yang tidak dikenali identitinya.
Advertisement

KUCHING, Mei 15: Pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) kini sedang mencari ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit lelaki untuk tampil ke HUS dengan kadar segera.

Setakat ini pihak hospital tidak dapat mengesan nama, nombor kad pengenalan, bangsa dan asal usul pesakit tersebut.

Menurut kenyataan yang diterima daripada HUS, pesakit dijumpai terlantar di tepi jalan raya setelah terlibat dalam kemalangan motosikal bertembung dengan kereta pada Mei 12 lalu dan dihantar ke hospital oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Advertisement

Pesakit tersebut kini masih dirawat di wad neurosurgeri, katil 10 di HUS di sini.

Orang ramai yang mengenali pesakit juga diseru untuk memaklumkan ahli keluarga atau waris pesakit tersebut untuk datang ke wad seperti yang dinyatakan atau menghubungi Pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Rachel Lawrence Lendang di talian 082-245 045/082-276 666 dengan kadar segera. — DayakDaily

Advertisement