Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak isytihar cuti am tambahan Mei 17-18

Kenyataan media Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

KUCHING, Mei 15: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengisytiharkan Cuti Kelepasan Am Tambahan pada Mei 17 dan 18 ini (Khamis dan Jumaat).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Rakayah Maadon berkata, pihaknya akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang mengumumkan cuti am pada hari tersebut.

“Semua sekolah akan bercuti pada hari Khamis dan Jumaat, segala aktiviti di dalam sekolah akan ditangguhkan pada minggu hadapan.


“Jadi, semua warga pendidikan termasuk warga sekolah diminta mematuhi arahan tersebut dan diminta menyusun semula program-program yang terlibat pada tarikh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini petang ini.

Rakayah memberitahu, tidak timbul persoalan sekolah boleh memohon hari tersebut sebagai hari gantian atau hari sekolah. — DayakDaily