Hospital Sri Aman II mula beroperasi 1 September

Berikut merupakan tempat letak kenderaan bagi orang awam dan pelawat yang berkunjung ke Hospital Sri Aman II.

KUCHING, 3 SEPT: Hospital Sri Aman II sudah mula beroperasi pada 1 September 2022.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Ooi Choo Huck dalam satu kenyataan berkata, Hospital Sri Aman II yang dilengkapkan dengan 108 katil menawarkan 7 perkhidmatan kepakaran.

“Ia meliputi perkhidmatan Perubatan Am, Pediatrik, Pembedahan Am, Kebidanan dan Sakit Puan (O&G), Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi, ” katanya.


Dalam pada itu kata Dr Ooi, perkhidmatan Kepakaran Psikiatri pula akan terus dikekalkan di Hospital Sri Aman (lama).

Pengoperasian Hospital Sri Aman II akan memberi manfaat dan kemudahan kesihatan secara menyeluruh kepada masyarakat Bahagian Sri Aman dan daerah di sekitarnya. — DayakDaily

Hebahan penting untuk semua warga Sri Aman bahawa Hospital Sri Aman II (baru) bermula beroperasi secara berperingkat mulai 1 Sept.