Hospital Miri cari waris Suhaili Agus

Pesakit yang dikenali sebagai Suhaili Agus.

MIRI, Mac 22: Hospital Miri menyeru orang ramai yang mengenali seorang pesakit lelaki untuk tampil memberi maklumat bagi mengesan waris atau ahli keluarga pesakit tersebut.

Berdasarkan maklumat dari Hospital Miri, pesakit memaklumkan namanya Suhaili Agus, namun tiada kad pengenalan diri untuk pengesahan identiti dan kini beliau berada dalam keadaan terlantar dan bermobiliti terhad di Wad Perubatan Am Lelaki (Wad 3).

Pesakit telah dimasukkan ke wad pada Mac 12 lalu oleh orang awam dan sejak itu, tiada ahli keluarga atau waris datang menjenguk beliau.

Sehubungan itu, pihak Hospital Miri menyeru orang ramai yang mengenali pesakit itu untuk menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan di talian 085-420033 sambungan 241 dengan kadar segera. — DayakDaily