This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 22 Ogos: Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Hilmy Othman akan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuching Utara yang baharu berkuatkuasa mulai 1 Sept ini.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga bertanggungjawab bagi hal ehwal Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Hilmy dijangka mengangkat sumpah bagi pelantikan Datuk Bandar Kuching Utara ke-8, bagi menggantikan Datu Junaidi Reduan di Wisma Bapa Malaysia pada 1 September nanti.
“Beliau (Hilmy Othman) merupakan Timbalan Datuk Bandar MBKS dan seorang yang berpengalaman dalam bidang kepemimpinan.
“Sebelum ini beliau merupakan seorang kaunselor dan mempunyai pengalaman yang luas. Sememangnya beliau layak untuk menjadi Datuk Bandar DBKU yang baharu.
“Saya mengalu-alukan keputusan pihak kerjaaan negeri untuk melantik beliau sebagai Datuk Bandar DBKU,”katanya ketika ditemui media selepas sesi penangguhan Seminar Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN N4 Pantai Damai di Hotel Waterfront di sini hari ini.
Junaidi akan menamatkan perkhidmatannya selama empat tahun sebagai Datuk Bandar Kuching Utara ke-7, pada akhir bulan ini. ā DayakDaily