KUCHING, 14 Sept: Ketua Bahagian Perkastaman Negeri Herman Syah Abdullah memikul tanggungjawab menjalankan tugas-tugas (m.t.t) Pengarah Kastam Sarawak mulai hari ini.
Ini berikutan persaraan Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha setelah berkhidmat sebagai pengarah selama tiga tahun dua bulan di Jabatan Kastam Negeri Sarawak.
Majlis serah tugas Sharifah kepada Herman telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Kastam di sini hari ini yang turut disaksikan pegawai-pegawai kastam yang lain.-DayakDaily
Advertisement