This Content Is Only For Subscribers
BINTULU, 10 Jun: Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Henry Harry Jinep menggesa ahli-ahli parti kembali dalam satu perpaduan.
Katanya, perpaduan adalah satu elemen penting khususnya bagi tempoh 3 tahun akan datang.
“Kita tak tahu apa akan berlaku dalam perjalanan 3 tahun ini, sebab itulah penting kita harus bersatu padu dalam parti.
“Lupakan semua sengketa dan bina semangat perpaduan untuk mengukuhkan parti agar terus relevan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mengukuhkan kerajaan Sarawak,” kata Henry.
Beliau berkata demikian di Majlis Makan Malam PDP Sempena Perhimpunan Agung Tri-Tahunan (TGA) PDP 2023 di Restoran Dinner World, Bintulu Sentral malam ini.
Tambah Henry yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan dan Adun Tasik Biru, sedikit salah faham, sedikit pertengkaran dan sedikit rasa tidak puas hati itu memang ada.
“Tapi hari ini kita sudah tetapkan bahawa parti lebih penting daripada kepentingan individu,” ujar Henry.
Turut hadir Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing, Setiausaha Agong Dato Anyi Ngau dan Naib Presiden Kanan Datuk Penguang Manggil. — DayakDaily