Hari Tebuka Tapak Semaian DBKU berlangsung hari ini

Jumaini (dua dari kanan ) menunjukkan poster Hari Tebuka Tapak Semaian DBKU bersama kakitangan DBKU, di Jalan Depo, Kuching.

KUCHING, Mei 12: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sedang mengadakan Hari Tebuka Tapak Semaian DBKU yang acara utamanya menjual sebanyak 13 jenis benih bunga kepada orang ramai dengan harga menarik di Jalan Depo, di sini, hari ini.

Hari terbuka terbabit yang juga acara tahunan bagi mengalakkan warga bandaraya ini menghiasi kawasan kediaman dengan bunga adalah juga sempena perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya yang bakal menjelang dan telah bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang serta dirasmikan Pengarah DBKU, Jumaini Haili.

Pegawai Perhubungan Awam DBKU, Mohammad Azland Mohamed dalam kenyataan medianya mendedahkan antara 13 jenis benih bunga yang jual ialah dari kumpulan bunga semusim iaitu Periwinkle, Marigold, Malapodium dan Celosia spp disamping kumpulan tanaman renek dan palma iaitu Bougainvillea (bunga kertas), Ruellia, Yellow Palm dan Golden Penda.


Selain itu terdapat juga kumpulan bunga dalam rumah iaitu Osmoxylum, Euodia, Cordyline, Dracaena spp dan Calathea spp.

Orang ramai memilih pelbagai benih bunga yang dijual di Hari Tebuka Tapak Semaian DBKU.

“DBKU berharap dengan adanya Hari Terbuka Tapak Semaian DBKU terbabit, ia dapat memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai asas pengurusan tanaman hiasan disamping memberi peluang orang berkunjung ke tapak semaian itu,” katanya.

Beliau berkata terdapat pelbagai aktiviti menarik ketika hari terbuka terbabit termasuklah pertandingan gubahan bunga, pertandingan mencari perkataan, ‘info hunt’ dan taklimat pembiakan tanaman hiasan. — DayakDaily