This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 21 Jun: Sambutan Hari Belia Sarawak 2023 akan diadakan di Bahagian Kapit pada 26 hingga 28 Okt ini.
Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan akan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 28 Okt.
“Acara kemuncak sambutan adalah pengumuman tokoh belia lelaki, tokoh belia wanita dan tokoh organisasi belia,” katanya pada sidang media selesai Mesyuarat Sambutan Hari Belia 2023 di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.
Tambah Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, sambutan kali ini dijangka dihadiri seramai 1,500 peserta. — DayakDaily