Harga mingguan petrol: RON97 turun 2 sen, RON95 dan diesel kekal

Vehicle getting refueled at a petrol station. - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 17 Mei: Harga runcit petrol RON 97 akan turun 2 sen seliter, manakala harga runcit petrol RON 95 dan diesel akan kekal untuk tempoh Mei 18-24.

Kementerian Kewangan, di laman sesawangnya www.treasury.gov.my hari ini, mendedahkan harga runcit petrol RON 97 akan turun daripada RM2.70 seliter kepada RM2.68 seliter.

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing akan kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM (Automatic Pricing Mechanism), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan RM2.45 seliter masing-masing,” menurut kementerian tersebut.

Harga runcit petrol dan diesel yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kewangan.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 18 Mei sehingga 24 Mei, 2019, adalah berjumlah RM99.19 juta. — DayakDaily