Harga mingguan petrol: RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal

Vehicle getting refueled at a petrol station. - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 26 April: Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal untuk tempoh 27 April sehingga 3 Mei.

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit petrol RON97 naik kepada RM2.81 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

“Anggaran tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 27 April sehingga 3 Mei adalah berjumlah RM133.62 juta,” kementerian berkata.

Harga minyak bagi tempoh 27 April sehingga 3 Mei, 2019.

Kementerian juga menjelaskan berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 20-26 April, 2019, sepatutnya naik 1 sen seliter daripada RM2.50 kepada RM2.51, dan naik 2 sen seliter daripada RM2.46 kepada RM2.48 masing-masing.

Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. — DayakDaily