Harga komoditi lada unjur peningkatan 60 peratus

Mohd Khairuddin menunjukkan pelan pembinaan projek Pusat Pembangunan dan Pengembangan Industri Lada Negara di Semenggok, Kuching.
Advertisement

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 16 April: Harga komoditi lada mula menunjukkan peningkatan harga ketika ini walaupun pernah mengalami senario kejatuhan harga dua tahun lalu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, faktor penularan Covid-19 serta pemintaan yang tinggi terhadap komoditi itu menjadikan ia mula menunjukkan peningkatan dalam kadar harga sebelum ini.

Advertisement

“Ketika ini, harga komoditi lada mula menunjukkan peningkatan sebanyak 60 peratus  bagi kedua komoditi itu iatu lada putih dan lada hitam.

“Harga bagi lada putih ketika ini adalah RM21,000 bagi satu tan matrik manakala bagi lada hitam pula harga pasarannya adalah RM12,000 bagi satu tan matrik,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak projek Pusat Pembangunan dan pengembangan Industri Lada Negara di Semenggok di sini hari ini.

Beliau berkata, kenaikan harga tersebut berupaya menjadi ransangan kepada pekebun lada khususnya di Sarawak untuk menghasilkan lebih banyak komoditi terbabit.

Ini sekaligus turut membantu menghidupkan semula industri tersebut yang mengalami sedikit kelembapan susulan penyusutan harga komoditi itu dua tahun lalu.

Mohd Khairuddin mendengar penjelasan mengenai projek Pusat Pembangunan dan Pengembangan Industri Lada Negara ketika melakukan lawatan ke tapak projek berkenaan.

Tambah Mohd Khairuddin, peruntukkan yang besar dalam bentuk input pertanian turut disediakan kerajaan bagi membantu pekebun kecil lada di negara ini.

“Untuk tahun 2020 kita peruntukkan sebanyak RM16.11 juta  untuk kita bantu mereka (pekebun kecil lada) yang terjejas akibat Covid-19.

“Peruntukkan ini kita sediakan di bawah pakej ransangan yang pertama dahulu. Kita akan terus sambung apa yang sedang kita buat dan kita akan mohon lagi untuk dimuatkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12),” katanya.

Ujar beliau, penyaluran input pertanian kepada pekebun kecil lada menerusikan kelansungan aktiviti penanaman lada yang diusahakan mereka.

Katanya, Kementerian Perladangang dan Komoditi menerusi Lembaga Lada Malaysia turut berkerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak dalam menyalurkan bantuan berkaitan kepada pekebun kecil lada terutamanya ketika wabak Covid-19 melanda negara.

“Jadi kita bergabung kedua agensi ini untuk kita terus membantu para pekebun kecil lada yang terdapat di Sarawak ini,” katanya. — DayakDaily

 

Advertisement