Guru ditangkap kerana didakwa mencabul dua murid lelakinya

Arrest - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

SERIAN: Seorang guru ditangkap untuk siasatan lanjut kerana didakwa melakukan amang seksual fizikal tehadap dua muridnya yang berusia 10 tahun di sebuah sekolah rendah di sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata saspek berusia 37 tahun itu ditahan di IPD Serian semalam selepas laporan dibuat oleh keluarga kedua-dua mangsa.

Menurutnya, keluarga mangsa terpaksa membuat laporan polis selepas pihak sekolah didakwa tidak memperdulikan aduan yang dibuat oleh mereka terhadap guru terbabit.


“Pada Mei tahun ini, mangsa pertama telah dipanggil oleh saspek ke pejabat Hal Ehwal Murid di sebuah sekolah, dan saspek telah mengunci pintu bilik dan mencabul mangsa.

“Pada Ogos tahun ini, mangsa kedua dibawa oleh saspek ke sebuah bilik stor di sekolah yang sama dan sebaik tiba di bilik stor tersebut, saspek cuba mencabul mangsa tetapi sempat dihalang oleh mangsa yang kemudian terus keluar dari bilik stor dan lari masuk ke dalam kelas.

“Keluarga kedua-dua mangsa mendakwa bahawa mereka telah mengadu kepada pihak sekolah, namun mendakwa tiada tindakan atau maklumbalas yang memaksa mereka membawa kedua-dua mangsa untuk membuat laporan polis hari ini (semalam),” kata Dev.

Semalam iaitu sekitar jam 3 petang, pasukan JSJ Serian telah menangkap saspek setelah dia dipanggil ke IPD Serian.

Saspek akan dibawa untuk reman di Mahkamah Serian hari ini.