Gunung Gajah semakin popular bagi pendaki

Echa Cha yang berjaya sampai ke puncak Gunung Gajah di Bau.
Advertisement

KUCHING, 21 Jun: Gunung Gajah atau Bung Krian adalah antara gunung menarik yang semakin popular bagi didaki orang ramai di negeri ini.

Gunung itu tidak jauh dari pekan Bau yang sekitar satu jam perjalanan dari bandar raya ini dan menawarkan pemandangan menarik kawasan hutan batu kapur berbukit bukau di Bau sekiranya orang ramai berjaya mendaki  hingga ke puncaknya.

Antara berjaya sampai ke puncaknya ialah Echa Cha, 30 dari bandar raya ini yang mengikuti rombongan mendaki gunung terbabit pada Sabtu lepas.

Advertisement

Kumpulan mereka mengambil masa dua jam untuk sampai ke puncak terbabit.

“Dari jauh gunung terbabit kelihatan seperti anak gajah dan setelah mendakinya, kami mendapati laluan sehingga ke puncaknya banyak berbatu dan tidak ada gua seperti gunung lain di Bau,” katanya kepada Dayak Daily hari ini.

Pemandangan indah dari puncak Gunung Gajah di Bau.

Echa berkata selain pemandangan berbukit hutan batu kapur di sekeliling, mereka juga boleh melihat pekan Bau dan tasik birunya dari puncak berbatu gunung itu.

“Ketika mendaki laluan gunung itu, saya juga terjumpa aliran air jernih yang ada spesis ikan air tawar yang tidak dikenali,” katanya yang turut merakam spesis ikan berenang dibawah kakinya mengunakan telefon pintar. -DayakDaily

Spesis ikan air tawar dibawah kaki Echa Cha, ketika mendaki Gunung Gajah.
Advertisement