Gudang peralatan sembahyang di Jalan Pending terbakar

Keadaan di dalam gudang yang terbakar.
Advertisement

KUCHING, 18 Julai: Sebuah gudang penyimpanan barang peralatan sembahyang Cina di Jalan Pending, di sini dilaporkan terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 12.20 tengah hari.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dan Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan gudang untuk menyimpan peralatan sembahyang Cina,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya selepas itu.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily

Advertisement