This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 24 Jun: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak terlibat di dalam pilihanraya yang diadakan di Semenanjung Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.
Menurut Fadillah yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), GPS memberi keutamaan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat negeri ini.
“Sebagai rakan gabungan, di peringkat persekutuan kita menyokong pembentukan kerajaan yang stabil,” kata Fadillah.
Beliau berkata demikian pada sidang media selesai Program Love My Neighbourhood Petra Jaya di Dewan Kampung Malaysia Jaya di sini, hari ini.
Namun jelas Fadillah, Menteri atau Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan akan turun padang pada sebarang acara yang ada kaitan.
“Kita akan turun padang berdasarkan tugas kerajaan, menyampaikan polisi kerajaan tetapi bukan datang berkempen,” katanya. — DayakDaily