KUCHING, 2 Dis: Kumpulan GG3 Terabai muncul juara ‘Battle of the Bands’ sempena penganjuran Pesta Benak 2024.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), dengan kejayaan itu GG3 Terabai membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, sijil dan piala.
Kumpulan White Crock dan Meet Uncle Kent pula masing-masing menduduki kedudukan kedua dan ketiga dengan hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000.
Sebanyak 18 kumpulan dari Kuching, Bau, Serian, Sibu, Saratok, Bintulu dan Tatau telah berentap untuk memburu gelaran juara pada kali ini.
Pertandingan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi jemputan iaitu Ameng Spring, Haiza, Kumpulan Legacy dan Hairie Francis.
Hadir menyaksikan pertandingan tersebut ialah Adun Bukit Begunan Datuk Mong Dagang. — DayakDaily