‘Geng Panjat Pagar’ tumpas

Dua daripada tiga suspek ditahan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 17 Mac: Tiga lelaki yang dikenali sebagai ‘Geng Panjat Pagar’ diberkas polis dalam ‘Operasi Pintu’ lewat petang Rabu (16 Mac) di Tudan kerana disyaki terbabit dalam beberapa kejadian pecah rumah di Senadin.

Bulan lepas Kali ketiga-tiga suspek dilaporkan telah memecah masuk sebuah rumah di Senadin dan melarikan sebuah basikal jenis ‘roadbike’ bernilai RM650.

Suspek turut melarikan dua mesin pemotong rumput.

Kesemua suspek berusia antara 13, 28 dan 31 itu ditahan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sekitar jam 4 petang sehingga 8 malam di beberapa lokasi sekitar Tudan Desaras.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan semasa dihubungi.

Siasatan lanjut dijalankan mendapati seorang suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Turut ditemui semasa tangkapan, dua buah mesin pemotong rumput dipercayai dicuri.

Modus operandi kesemua suspek adalah dengan memanjat pagar rumah mangsa sebelum bertindak membawa lari barangan berharga yang diletakan di kawasan letak kereta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri. — DayakDaily