Geng ‘Ali Kuantao’ tumpas

Ahsmon semasa bercakap dalam sidang media tersebut. Turut kelihatan 'kuantao' yang dirampas daripada suspek.

KUCHING, 7 Okt: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menumpaskan geng ‘Ali Kuantao’ yang disyaki melakukan samun ke atas kedai 24 jam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata seramai enam ahli geng tersebut yang terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 26 tahun.

Katanya, tangkapan dibuat pasa 5 dan 6 Okt baru-baru iaitu hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh mangsa kejadian.


“Modus operandi yang digunakan kumpulan ini adalah dengan mengacukan senjata seperti parang, kuantao untuk menakutkan mangsa dan sasaran mereka adalah premis kedai yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching hari ini.

Menurutnya lagi, kumpulan ini aktif sejak awal tahun ini dengan menyasarkan premis kedai sekitar awal pagi dan bertindak agresif, dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika menyamun.

“Siasatan setakat ini berjaya menyelesaikan lima kes,” katanya.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.

ā€œKesemua suspek kini dalam tempoh tahanan reman selama tujuh sehingga 13 Oktober 2022 ini,ā€ katanya. ā€” DayakDaily