Gangguan bekalan elektrik di sekitar Tatau pada 15 Januari

Sarawak Energy Berhad

KUCHING, 11 Jan: Beberapa kawasan di daerah Tatau di Bintulu akan menghadapi gangguan bekalan elektrik pada 15 Januari ini bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Sarawak Energy Berhad dalam satu notis berkata, ia melibatkan SMK Tatau, Kampung Dagang, Masjid Baharu, Celcom RBS, Mustapa and Ngu, Central Panel Factory, Kilang Arang (Charcoal Factory), Rh Morse serta kawasan berhampiran.

Gangguan bekalan elektrik ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik dilakukan di kawasan berhadapan dengan Kafe Sunflower di Tatau.


Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan kerja-kerja tersebut dijalankan, notis bekalan elektrik ini akan ditanggguhkan pada masa yang akan dimaklumkan kemudian. — DayakDaily