Beberapa pertubuhan di Kuching terima geran daripada kerajaan

Awang Tengah (dua dari kiri) menyerahkan geran kepada salah seorang wakil pertubuhan.

KUCHING, 12 Jan: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini menyerahkan geran kepada beberapa pertubuhan di Bahagian Kuching untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial.

“Mudah-mudahan geran ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita menjalankan aktiviti-aktiviti sosial.

“Dan jika ada rezeki pada tahun ini kita akan sediakan peruntukan lagi. Bagi bahagian lain kita akan serahkan secara berperingkat,” katanya.


Menurut Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Pelaburan, geran ini sudah diluluskan pada tahun lepas.

Namun disebabkan Pilihanraya Negeri (PRN) pada Disember lepas katanya, ia belum diserahkan kepada penerima.

Katanya, ia merupakan peruntukan tambahan daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. — DayakDaily