Gangguan bekalan air di Kpg Serasot, Kpg Skibang, Kpg Stass, Kpg Sebobok dan kawasan sekitarnya

File photo for illustration purposes

Oleh Dean Adam

BAU, Mei 20: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) hari ini memaklumkan terdapat gangguan bekalan air di daerah Bau.

Menurut kenyataan JBALB, antara kawasan yang terjejas ialah sepanjang jalan ke Kampung Serasot, Kampung Skibang, Kampung Stass, Kampung Sebobok dan kawasan di sekitarnya.


Kata kenyataan itu, gangguan bekalan air itu terjejas kira-kira pukul 11 pagi tadi disebabkan pam pengalak di Pejiru di sini mengalami masalah teknikal.

“Kami (JBALB) telah mengarahkan pihak kontraktor untuk menyelesaikan gangguan bekalan air ini secepat mungkin,” kata JBALB.

JBALB menambah, orang awam juga dinasihatkan untuk menyimpan dan menjimatkan penggunaan bekalan air sepanjang tempoh masa gangguan tersebut.

“Kami akan memastikan gangguan bekalan air ini diselesaikan dengan secepat mungkin.

“Sila hubungi talian 082 763971 untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. — DayakDaily