Gambar viral tangki biru adalah gambar lama, jelas PKR Sarawak

Gambar pemberian tangki biru kepada penduduk luar bandar negeri ini yang dinafikan PKR Sarawak berlaku ketika dibawah kerajaan PH, di laman Facebooknya.

KUCHING, Feb 11: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memberikan tangki biru kepada penduduk luar bandar negeri ini.

Dalam laman Facebook parti itu semalam, PKR Sarawak menjelaskan yang satu gambar mengenai pemberian tong biru terbabit yang telah diviralkan di laman sosial adalah gambar lama yang telah diambil di Lawas.

Ianya selepas Pengerusi PKR Sarawak ketika ini, Baru Bian memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba ‘Kelalan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2011.


“Tangki biru itu telah dibiayai orang ramai melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Barefoot Mercy dan telah didermakan kepada PKR Sarawak,” menurut parti itu.

Baru Bian kemudian telah memberikan tangki tersebut kepada penduduk kawasannya di Ba ‘Kelalan dan gambar lama terbabit adalah bukan ketika dibawah kerajaan PH.

Bagaimanapun PKR tidak memberikan butiran lanjut mengenai pemberian tangki berkenaan. ā€” DayakDaily