Oleh Dean Adam
KUCHING, Dis 19: Malang menimpa seorang doktor apabila dia ditemui mati di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di kawasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam.
Mangsa, Dr Arif Husaini Abdul Rahim ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam kereta miliknya kira-kira pukul 4 petang.
Menurut sumber, doktor yang berasal dari Selangor itu sudah bertugas selama lima tahun di Jabatan Kecemasan HUS di sini.
“Mangsa ditemui oleh petugas hospital selepas doktor berkenaan gagal dihubungi dan dikesan tidak turun kerja pada syif petang.
“Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari kenderaan itu sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. ā DayakDaily