Fire Dragon terpanjang 188 kaki di Kuching diiktiraf Malaysia Book of Records

(Empat dari kiri) Richard, Wee, Tan Kai dan Master Chin di Majlis Aprisiasi di Kuching.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 2 Sep: Usaha Pertubuhan Wushu Lien Heng dengan mengadakan acara budaya ‘fire dragon’ sepanjang 188 kaki diiktiraf Malaysian Book of Records.

Dilakukan pada 31 Mac lepas di Kuching, ia merupakan ‘fire dragon’ terpanjang di Malaysia.

Advertisement

Selain itu, pertubuhan juga berjaya diiktiraf Malaysia Book of Records menerusi tiga kategori lain dalam acara yang sama.

Tiga kategori tersebut ialah ‘Largest Incense Fire Dragon Head’, ‘Largest Incense Fire Dragon Parade (6,800 peserta) dan’ Most Incense Fire Dragon Amulets Distributed In An Event’ (9,999 Amulets).

Menurut Presiden Pertubuhan Wushu Lien Heng Master Chin, budaya ini telah diadakan di Sarawak sejak tahun 2017.

“Aktiviti ‘fire dragon’ ini telah wujud di China lebih 1,000 tahun yang lalu.

“Ia bermula setelah seorang wanita bermimpi melakukan ‘fire dragon’ dengan berarak di sepanjang kampung untuk menghapuskan wabak penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian di Malam Apresiasi Pertubuhan Seni Pertahanan Diri Wushu Lien Heng di sini, malam ini.

Tambah Master Chin, pada tahun hadapan pertubuhan berusaha untuk melakukan ‘fire dragon’ lebih daripada 188 kaki.

Menurut beliau, setiap tahun sasaran adalah 7 kaki melebihi tahun sebelumnya.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong, Pengerusi Presekutuan Persatuan Cina Sarawak Dato Richard Wee dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Tan Kai. — DayakDaily

Advertisement