Filemon raih emas acara trek 100M Lelaki T11 buat Sarawak

Filemon Lirong
Advertisement

KUCHING, 23 Sep: Atlet para olahraga Sarawak Filemon Lirong Dionisus raih pingat emas acara trek 100M Lelaki T11 di Stadium Sarawak hari ini.

Filemon mencatat larian 12.90 saat, mengalahkan peserta di tempat kedua iaitu Muhammad Fahmi Ramlan dari Johor dengan catatan 13.03 saat.

Pingat gangsa juga diraih peserta Johor Muhammad Rafique Farhan dengan catatan masa 13.29 saat. — DayakDaily

Advertisement
Advertisement