Festival Antarabudaya Kuih Bulan Kuching satukan masyarakat – Abdul Karim

Abdul Karim di Festival Antarabudaya Kuih Bulan Kuching.
Advertisement

KUCHING, 8 Sept: Lebih 800 pengunjung hadir memeriahkan Festival Antarabudaya Kuih Bulan Kuching 2024 yang berlangsung di Jalan Carpenter di sini, pada semalam.

Menurut laporan TVS, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Pembangunan Usahawan (MTCP) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, festival itu merupakan wadah penyatuan masyarakat majmuk di negeri ini.

Selain itu katanya, ia juga menjadi acara yang mampu menarik ramai pelancong bertandang ke Sarawak.

Advertisement

“Salah satu tarikan Perayaan Kuih Bulan, meskipun begitu sinonim dengan komuniti Cina, kita di Sarawak ini menyambutnya bersama-sama tanpa mengira latar belakang yang berbeza.

“Jika diperhatikan kepada mereka yang berniaga semasa keraian ini, hampir separuh peniaga merupakan usahawan bumiputera,” katanya di majlis itu.

Untuk rekod, kuih bulan merupakan medium untuk menyampaikan mesej rahsia di medan perang, di mana informasi akan diselitkan di dalam inti kuih bulan tersebut.

Kini, festival kuih bulan diraikan untuk mengukuhkan kesefahaman sesama masyarakat. — DayakDaily

Advertisement