Fasa 2 PPN: Kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi mulai esok (14 Julai)

Haircut. — DayakDaily.com file pic // Image by kaleido-dp from Pixabay

KUCHING, 13 Julai: Kedai gunting rambut dan salun antara perniagaan dibenarkan beroperasi di dalam prosedur operasi ‘standard’ (SOP) Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok, 14 Januari.

Fasa Kedua PPN menurut ketetapan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) turut membenarkan operasi kedai cuci kenderaan.

Kedai penjualan, penyelenggaran, pembaikan dan aksesori automotif turut dibenarkan di bawah Fasa Kedua.


Selain itu kedai peralatan elektrik, elektronik dan ICT, kedai telekomunikasi termasuk pembaikan, penjualan peranti telefon pintar dan pembayaran bil juga dibenarkan.

Turut dibenarkan beroperasi kedai pakaian dan kasut, kedai penjagaan kesihatan dan kedai peralatan sukan

Penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan serta kiosk turut dibenarkan tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menerusi SOP Fasa Kedua PPN, sektor industri atau syarikat dimana 100 peratus pekerja telahpun diberikan dos kedua vaksin boleh mengemukakan permohonan pengecualian bagi Syarat Tempoh Operasi dan Syarat Kapasiti Aktiviti Pekerjaan. — DayakDaily