Fasa 1 bayaran BKSS B40 Rayuan KIR dan Individu Bujang disalurkan ke akaun mulai hari ini

RM100 note (file photo).

KUCHING, 15 Dis: Bayaran fasa 1 Bantuan Khas Sarawakku Sayang(BKSS) Kategori Isi Rumah(KIR) kepada pemohon yang berjaya dalam rayuan akan disalurkan ke akaun masing-masing mulai hari ini.

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Ketua Menteri menerusi satu kenyataan berkata bantuan berjumlah RM750 akan disalurkan ke akaun
masing-masing mulai 15 Disember 2020.

“Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan BKSS ini boleh dituntut daripada mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
seluruh Malaysia dengan hadir sendiri dan mengemukakan kad pengenalan masing-masing di kaunter BSN mulai 21 Disember 2020 sehingga 31 Mac 2021,”katanya.

Bagi fasa 2, baki RM750 akan dibayar secara bulanan iaitu RM250 sebulan pada setiap 15 haribulan mulai Januari 2021 sehingga Mac 2021 bagi yang mempunyai akaun bank dan yang tidak mempunyai akaun bantuan secara tunai RM750 boleh dituntut di kaunter mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia mulai 21 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Manakala bantuan secara one-off berjumlah RM500 kepada Individu Bujang B40 Rayuan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing juga hari ini.

“Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan BKSS ini boleh dituntut daripada mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia dengan hanya mengemukakan kad pengenalan masing-masing di kaunter BSN mulai 21 Disember 2020 sehingga 31 Mac 2021,’ katanya.

Status permohonan Rayuan BKSS B40 boleh disemak di laman sesawang berikut www.sarawak.gov.my/bkssrayuan bermula 8 Disember 2020.

Pemohon juga boleh menghubungi Talikhidmat di talian 082-555999 untuk pertanyaan lanjut mengenai rayuan masing-masing.

Dalam pada itu, penerima BKSS B40 yang diluluskan sebelum ini dan tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk hadir dan
mengemukakan kad pengenalan ke kaunter mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan tunai BKSS B40.

Tarikh akhir untuk menuntut bantuan ini adalah pada 31 Mac 2021. Untuk pertanyaan lajut boleh menghubungi Talikhidmat di talian
082-555999.

Kerajaan Sarawak akan membayar BKSS B40 kepada pemohon yang berjaya dalam rayuan selepas tarikh tutup 31 Mei 2020 iaitu RM1,500, kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan RM500 secara one-off kepada Individu Bujang. – DayakDaily