Fadillah bentang usul undi percaya PM Isnin ini

Dato Sri Fadillah Yusof

KUCHING, 17 Dis: Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof akan membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Persidangan Parlimen pada Isnin ini.

Menurut Fadillah, usul undi percaya penting supaya mewujudkan persefahaman di kalangan ahli-ahli Parlimen dari sudut politik.

“Ini akan mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil, kita tidak mahu berulang lagi sesi yang lepas dimana kita ada tiga Perdana Menteri.

“Jika tiada kestabilan, ekonomi kita tidak berkembang. Pelabur tidak akan datang ke negara ini.

“Ini adalah asas Persefahaman, iaitu mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil,” katanya ketika ditemui di Kuching hari ini.

Tambah Fadillah, setelah kerajaan dibentuk, tumpuan utama sekarang ialah mewujudkan urus tadbir yang baik dan bukannya politik.

Beliau berharap, kerajaan perpaduan yang dibentuk dapat kekal sehingga akhir penggal Parlimen.

“Kita memerlukan keadaan politik yang stabil supaya kita dapat memberi tumpuan kepada mentadbir negara.

“Agar kita kembali menjadi sebuah negara yang makmur dari sudut ekonomi dan lain-lain,” kata Fadillah. — DayakDaily