Eyqa Berhasrat Perluas Muzik Dayak Ke Seluruh Malaysia

Advertisement

KUCHING : Penyanyi genit kacukan Melayu Bidayuh yang popular dengan album ‘Padamka Nama Aku’ Eyqa Saiful, mempunyai hasrat yang tinggi terhadap muzik Dayak.

Menurut Eyqa, muzik Dayak mampu pergi jauh kerana pasaran begitu meluas.

“Di Sarawak pasaran masih luas serta perlukan lebih ramai artis tempatan.

Advertisement

“Pada masa sama ia memerlukan komitmen yang tinggi dan usaha gigih untuk mencapai pasaran ke lebel yang lebih tinggi seperti seluruh Malaysia, katanya ketika ditemuramah Dayak Daily.

Tambah Eyqa, melihat sambutan peminat semakin bertambah sehingga ke Semenanjung, beliau berhasrat mahu muzik Dayak terus diminati di Malaysia.

“Tidak mustahil muzik Dayak akan menembusi seluruh Semenanjung dan Sabah.

“Eyqa berusaha untuk mencapai ke tahap tersebut dan memerlukan kerjasama rakan artis dan pihak berwajib,” jelasnya.

Advertisement