Kerajaan terus mempertimbang cadangan perbanyak fasiliti sukan di Balingian

The Sarawak Legislative Assembly complex.

KUCHING : Pihak kerajaan akan terus mempertimbangkan pembinaan pelbagai fasiliti sukan di DUN Balingian.

Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan semasa menjawab soalan ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, kerajaan akan terus mempertimbangkan cadangan membina lebih banyak lagi fasiliti sukan di DUN berkenaan.

“Ini termasuk gelanggang futsal 1Malaysia di Kampung Masjid Balingian serta di Kampung Judan, Mukah.”


“Apa yang pasti kebanyakan kampung di Balingian masing – masing mempunyai padang bolasepak mereka sendiri,” tambahnya.

Snowdan yang menjawab soalan tersebut pada persidangan DUN Sarawak ke-18 berkata, semua perkara berkenaan bergantung kepada keputusan yang diluluskan.